BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 29, 2011

Allah tidak pernah melupakan kita

Bismillahirrahmanirrahim.. dengan namaMu ya Allah aku menulis bingkisan ini. sesungguhnya Engkau maha mendengar lagi maha mengetahui. Engkau mengetahui apa yang tidak diketahui hamba-hambanya.. pengetahuanku sungguh terbatas jika dibandingkan dengan pegetahuanMu ya Allah..

Engkau memberi aku iktibar betapa besarnya Agungnya Engkau dan betapa kerdilnya aku disisiMu.. sebagai seorang pelajar amalan berjimat-cermat mesti ada dalam kamus hidup pelajar termasuklah aku. Aku bukanlah berasal dari golongan yang berada. Apa yang dihajati terus akan dapat tanpa perlu bersusah payah. Tidak! Aku bukan dari golongan sebegitu. Hidup aku di university hanya mengharapkan duit pinjaman semata-mata.. Alhamdulillah hampir 3 tahun aku disini aku tidak pernah meminta wang dari ibuku di kampung kerana aku tahu hidup ibuku di kampung juga tidaklah semewah mana. Lagipun adik beradikku masih ramai yang memerlukan perhatian yang lebih dari segi kewangan untuk dipakai dalam pembiayaan persekolahan mereka. Dari situ aku mengambil iktibar untuk tidak terlalu boros menggunakan duit pinjaman yang aku dapat. Aku tidak mahu menyusahkan kedua ibubapa aku. Cukuplah mereka susah sewaktu membesarkan aku dahulu sehingga aku mampu menjadi insan yang boleh berdiri diatas kaki sendiri. Alhamdulillah berkat kesabaran mereka mendidik aku, aku boleh sampai ketahap sekarang..alhamduliillah kupanjatkan kehadrat Ilahi.. terima kasih kepada kedua ibubapa aku.

Apabila menjejakkan kaki disini,aku cuba membaiki diri serta amalanku sebaik mungkin dari sehari ke sehari. Aku tidak mahu menjadi insan yang berjaya dalam pelajaran tapi sifar dalam amalan takwaku kepada Rabbku. Aku ingin menjadi seorang yang berjaya dalam kedua-duanya sekali, duniawi dan juga ukhrawi. Akan tetapi apabila menyentuh soal hati sukar sekali untuk diramal. Tidak dapat ditafsir jika dilihat dari luaran sahaja. Maafkan aku ya Allah terkadang terkeluar juga keluhan yang terbit dari hatiku yang paling dalam. Walaupun aku tahu Engkau lebih mengetahui setiap sesuatu yang tidak aku ketahui. Aku menjadi insan yang tidak bersyukur seketika walaupun aku tau setiap nikmat, rezeki yang aku kecapi hari ini adalah semuanya datang dariMu. Aku lalai seketika! Tapi Kau masih menyanyangi aku. Kau masih memberi perhatian kepada aku walaupun aku selalu melupakanMu.. maafkan aku ya Allah.. ampunkan aku ya Allah..

Hanya dengan tiga keping roti Kau menyedarkan aku. Aku ikhlas memberi makan kepada kawan aku tapi lintasan jahat dibenakku terbit jua walaupun aku cuba untuk menhindarkannya“kalau diorang makan habis apa yang aku nak makan esok untuk sarapan”?? tapi aku ikhlaskan, aku niat sedekah sebabnya kalau nk bersedekah dari segi wang ringgit tentu-tentunya aku tidak mampu.. rupa-rupanya Kau mendengar apa yang bermain dihati aku. Kau terlebih dahulu membuat perancangan diluar pengetahuan aku.Aku hanya memberi kawan aku makan tiga keping roti tapi Kau membalas dengan tiga biji epal yang ranum lagi manis. Padahal aku sedikitpun tidak pernah terlintas akan ada orang yang akan memberikan aku tiga biji epal disaat-saat aku memerlukannya.. kau mendengar keluh kesahku..bermakna Kau tidak pernah melupakan aku walau dalam apa jua keadaan walaupun aku sering melupakanMu.. Aku teringat dalam satu slot ceramah dalam youtube, apabila kita ditimpa penyakit kita berusaha selama bertahun-tahun mencari doctor yang handal-handal untuk mengubati penyakit kita.. kita sering lupa pada yang memberikan kita penyakit tersebut. Dia yang memberi penyakit bahkan Dia jugalah yang menyembuhkannya.. apabila telah berusaha selama bertahun-tahun dan hampir berputus asa barulah ingat kepada Allah.. Ibarat Allah tempat terakhir untuk memohon pertolongan padahal kepadaNya lah kita mesti dahulukan dalam setiap perkara yang kita lakukan.Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit kecuali beserta penawarnya.. hanya dua perkara yang tidak dapat diubati iaitu penyakit tua dan mati. wallahualam

0 comments: