BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 18, 2011

Aku Hanya Akan Hidup Hari Ini

inilah perinsip yang boleh menyibukkan diri aku dari melakukan perkara2 yang xberfaedah... hehee.. salah satunya ialah dgn menggesa aku membuat assignment tanpa bertangguh.. motivasi yg berkesan pada aku.. "aku hanya akan hidup hari ini".. bila bpegang pada kata2 ni diri aku lebih bermotivasi.. melakukan kerja tanpa bertangguh..mengisi masa terluang dgn study,,melakukan semua kerja yg aku rasa nk buat tanpa melengahkan masa,, meggembirakan hati sendiri ,, berbual dgn member segala topik dgn penuh gembira,, senyum pd semua org,,maafkan semua org,, buat kerja rumah tanpa rasa bosan,, cakap yg baik2 jer,, seolah2 esok aku dah xsempat buat semua tu..


masa lalu dh pun berlalu pergi,, aku tidak akan sesekali menangis dgn kepergian dan aku tidak akan termenung walau sebentar pun mengingatinya,,yg dh berlalu tentunya berlalu dan yang pasti ia xkan kembali lagi walau sesaat..

untuk menggapai masa depan pula, ianya masih lagi dlm keghaiban, kesamaran,, aku xnk terlalu memikirkannya..terlalu bermain dgn khayalan imaginasi yg belum tentu berpihak pada aku seratus peratus tentunya sakit utk dterima seandainya tidak mendapat yg setimpal seperti yg diharapkan....aku xkan perjudikan nasib aku dgn hanya satu agakan.. aku jga xkan memburu sesuatu yg belum tentu ada,, mungkin esok tiada sesuatu pun tersedia utkku,,esok hari adalah sesuatu yg belum diciptakan dan xde satu pun darinya yg dapat disebutkan..

so,, hari ini?? kita enjoyy!!!!hari ini adalah hari aku..hari yg teramat aku nantikan..dan aku xkan lepaskannya begitu sahaja.. selagi ia dalam genggaman akanku genggam dgn kemas supaya tidak ada sedikitpun yg xdpt aku laksanakan pd hari ini.. " bekerjalah seolah2 kita akan hidup selama2nya dan beribadatlah seperti kita akan mati esok hari".. insyaallah hidup akan lebih bermakna..

jom!!nikmatilah hari ini tanpa kesedihan,, tanpa kemarahan,, tanpa keresahan yg mengganggu fikiran,, tanpa kedengkian n tanpa kebencian!!

Dari ibnu Umar berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, "jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan." Ibnu Umar ra berkata, " jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu di pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu." (HR. Bukhari)


0 comments: