BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 19, 2011

KATA-KATA HIKMAH DARIPADA PROF DR HAMKA

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka).Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah baik tingkah laku dan akal budinya. (Hamka). Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. (Hamka).

Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. (Hamka).

Kata Hukama,” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan”. (Hamka).

Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati. (Hamka)

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).

KATA-KATA HIKAMAH

25 03 2008

Kata2 mutiara dari Almarhum Prof Dr Hamka, buat renungan.

Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. (Hamka).

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. (Hamka).

Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. (Hamka).

Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri. (Hamka).

Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah. Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah. Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai. Adil di dalam masyarakat ialah menengelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama. (Hamka).

· “Sabarmu bukanlah satu kelemahan, tetapi itulah sebenarnya kekuatan kerna engkau kuat mengendalikan diri” kata2 dr prof Dr hamka.

· "Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba....... datang tidak menentu masa...... datang disaat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!"

·

0 comments: