Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)
selamat beramal!! :)
Tuesday, December 27, 2011
bacaan duduk antara dua sujud
Posted by dila at 12:40 AM 0 comments
kelebihan sOlat Dhuha ("_")
Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda :
Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :
” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Fadilat Dhuha
Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:
1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).
4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Kaifiyat Dhuha
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:
”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebaikan adalah kebaikan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, sekiranya rezki kami di atas langit, turunkanlah, sekiranya dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuha, keagungan, kebaikan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.”
Posted by dila at 12:33 AM 0 comments
Monday, December 19, 2011
prOgrAm aNak anGkat 2011 (Batu Pahat, JOhOr)
prOgram anak angkat kat johor ni selama 3 hari bermula 16-18 hb 12 2011.. aku rasa ni program last yg aku join tuk tahun ni hehe.. best! pengalaman pertama woo dapat family baru.. semoga ukhuwah akn terus bersemi.. mencipta seribu kenangan sejuta kemanisan..semoga memory ini akn terus terpahat kukuh di ingatan.. terima kasih kpd family angkat yg sudi melayan kerenahku dgn hati yg terbuka dan penuh kesabaran.. jika dberi umur yg pnjang insyaallah kita berjumpa lagi..
Posted by dila at 3:47 PM 0 comments
Wednesday, December 7, 2011
Jangan MENCARI tapi MENJADI
~✿Jika mahu mendapatkan yang soleh,kurangkan agenda menCARI si soleh itu tetapi berusahalah menJADI yang solehah….
~✿Jika inginkan yang solehah,tetapi hendaklah berusahalah menJADI yang soleh…
~✿Jangan menCARI yang baik, tapi JADIlah yang BAIK...
~✿Jangan menCARI yang soleh, tapi JADIlah AKHWAT SOLEHAH...
~✿Jangan menCARI yang solehah ,tapi JADIlah IKHWAN SOLEH....
~✿Kerana walaupun kita menCARI tapi diri kita tidak menJADI , Allah tidak akan memberikan...
~✿Bukan isu mencari, tetapi sebaliknya menjadi...Jadilah soleh dan solehah terlebih dahulu, baru boleh berdampingan dengan si soleh dan solehah.
~✿Namun jika kita menJADI , tanpa menCARIpun Allah sudah menyiapkan yang terbaik untuk kita...InsyaAllah...
~✿Kerana Allah akan memberikan sesuai dengan keperibadian & kadar keimanan kita...
~✿Dan ingatlah dan yakinlah pada janji Allah bahawa "wanita-wanita baik hanya untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita yang baik (pula)"(surah An-Nuur(24):26)
>>>>tetapi ingatlah:-
•❤•Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH....
•❤•"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)
•❤•Bertemu yang solehah...solehahnya dia belum tentu kekal….
•❤•Bertemu yang soleh....solehnya boleh berubah….
•❤•Kerana si soleh dan solehah adalah insan biasa…
•❤•Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI bukan MENCARI…
Posted by dila at 8:59 AM 0 comments
Monday, December 5, 2011
SRM (sekretariat rakan muda) usim
3/12/11.. program rakan muda IPT zon selatan (Johor)
pose kt banner jap! banyak acara yg diadakan bola jaring, futsal,explorace, paintball.. best ramai kawan dapat! ni sukan tahunan tp thn ni bru aku dpt join. sem ni kos aku xpadat sgt jd leh enjoy2 kuar dri kolej ckt release tension la katakan.. hehee
hahaha.. ni sukan yg aku join. explorace! penat giler.. aku 4 org lam satu grup explorace. mcm2 halangan aku ambik cabaran berbasikal.. ingatkn senang juz kayuh2 basikal. alamak!! xsemudah yg disangka beb.. kayuh basikal sejauh 2.5km.. round2 kawasan la lbh kurg.. org lain struggle nk smpai cpt aku lak slow motion je kayuh sambil menikmati panorama kt uitm johor haha..tp part paling aku xtahan kayuh basikal naik bukit..wah!! xtahan... :(
ni geng aku yg main paintball. cian dia kena tembak! sakit lol hehee..
ni masjid persinggahan kami. masjid ape ntah kt segamat.. peace no war! :)
lending time! smpai mlm kitorg duk cni sbbnya ada sorg kwn kami yg sakit.. pas main dia muntah n pengsan msk wad. so kitorg berkampung kt masjid ni smbil tggu dia. blk mlm 2. smpai agk lwt gk kt kolej. pape pun doakan kwn kami selamat yep!
Posted by dila at 7:52 AM 0 comments