BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 17, 2010

salahkah bercinta???

aku pernah mengidamkan kebahagiaan cinta seperti insan lain..
aku juga pernah mengimpikan sayang dari orang yg betul2 istimewa..
aku xnafikan pernah meminati seseorng tanpa sape pon tau..
tapi apa daya,,

aku terpaksa pendam cinta manusia itu kerana janji Allah..
aku amat yakin janji Allah xpernah tipu..

lelaki yg baik tuk perempuan yg baik..
aku mohon aku salah 1 darinye..
wlupun sedih & perit tidak pernah dmiliki skurg2nya mati syahid jadi pilihanku..
wahai mujahidah solehah..
yakin & carilah cinta Allah spenuhnya..
moga mnjadi pmimpin yg baik utk kluarga yg bakal dibina..
peringatan utk diriku kususnya n semua..=)

CINTA SEJATI TIDAK BERTAMBAH KERANA KEBAIKAN & TIDAK BERKURANGAN KERANA KEKURANGAN

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar
“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..

Moral of the story nyer : kita xperlukn sebab untuk mncintai seseorang dgn sepenuh hati =)
Semoga cinta kita cinta yang diredhai oleh allah swt..wallahualam

Friday, October 15, 2010

Teman Sejati

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Thursday, October 14, 2010

ayat kursi

Zikir-Penenang Hati

Monday, October 11, 2010

YA ALLAH

Ya Allah..

aku jatuh cinta!
Ya Allah Ya Tuhanku..
telah datang kepadaku
seorang insan
yang mengetuk pintu hati ini
sekiranya dia adalah jodohku..
yang terbaik,
yang telah Engkau tetapkan buatku..
sejak dari kandungan ibuku lagi..
maka permudahkanlah urusanku..
urusannya..urusan kami berdua..
Amin..