BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 17, 2010

salahkah bercinta???

aku pernah mengidamkan kebahagiaan cinta seperti insan lain..
aku juga pernah mengimpikan sayang dari orang yg betul2 istimewa..
aku xnafikan pernah meminati seseorng tanpa sape pon tau..
tapi apa daya,,

aku terpaksa pendam cinta manusia itu kerana janji Allah..
aku amat yakin janji Allah xpernah tipu..

lelaki yg baik tuk perempuan yg baik..
aku mohon aku salah 1 darinye..
wlupun sedih & perit tidak pernah dmiliki skurg2nya mati syahid jadi pilihanku..
wahai mujahidah solehah..
yakin & carilah cinta Allah spenuhnya..
moga mnjadi pmimpin yg baik utk kluarga yg bakal dibina..
peringatan utk diriku kususnya n semua..=)

CINTA SEJATI TIDAK BERTAMBAH KERANA KEBAIKAN & TIDAK BERKURANGAN KERANA KEKURANGAN

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar
“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..

Moral of the story nyer : kita xperlukn sebab untuk mncintai seseorang dgn sepenuh hati =)
Semoga cinta kita cinta yang diredhai oleh allah swt..wallahualam

Friday, October 15, 2010

Teman Sejati

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Thursday, October 14, 2010

ayat kursi

Zikir-Penenang Hati

Monday, October 11, 2010

YA ALLAH

Ya Allah..

aku jatuh cinta!
Ya Allah Ya Tuhanku..
telah datang kepadaku
seorang insan
yang mengetuk pintu hati ini
sekiranya dia adalah jodohku..
yang terbaik,
yang telah Engkau tetapkan buatku..
sejak dari kandungan ibuku lagi..
maka permudahkanlah urusanku..
urusannya..urusan kami berdua..
Amin..

Monday, August 23, 2010

al quran - Google Search

al quran - Google Search

al quran - Google Search

al quran - Google Search

Thursday, June 17, 2010

coretan

Betul ada pepatah yang mengatakan kita hanya mampu merancang tapi segala-galanya ditentukan oleh Allah yang maha kuasa..bagi remaja –remaja budaya kapel merupakan trand masa kini..tapi bagi aku yang cetek dengan penglaman dan pengetahuan ni, xsalah untuk bercintan cintun tapi haruslah berlandaskan landasan yang betul..macam landasan ketaapi jugak klu benkang bengkok mcm ular kena palu macamana nak bergerak ngn elok..kompom xsampai ke destinasi punya,silap aribulan terjun gaung huhu..tapi tu la manusia zaman serba canggih dan moden sekarang taunya nk berseronok je..bila dah terlalu alpa dan leka, bala turun ngn tiba2 tnpa ditangguh walau sesaat pon..tujuan nk bgi pengajaran tapi berapa kerat aje yang ambil iktibar dari kejadian tersebut..xatau pe nk jadi dunia sekarang nie..penglaman yang aku dapat tengok secara free show hari ni adalah, adegan2 yang kurang sopan yang dilakukan dekat ktm,nilai..fuh!sungguh xsopan..kapel yang bagi aku memang tahap wajib untuk berkahwin..aku rasa orang dh kwin pon xmcm tu depan khalayak ramai..memalukan kaum ,exactly kaum sebangsa aku,melayu..ish xdapat aku bayangkan la..xsanggup aku nk tengok sebenarnya tapi dh diorg buat free show kt ctu aku tonton la benda xkena byr kn cpt je hahaha..nafsu mmg susah nk control klu xcukup iman di dada xmcm kereta control senang je nk kawal klu ada remote, walhal org yang beriman sekalipun xterlepas dari godaan nafsu..bukankah syaitan telah bersumpah akan terus menyesatkan anak adam sampailah hari kiamat..untung lah bagi mereka yang dapat menghindari dari godaan syaitan dan akan rugilah bagi mereka yang terjebak dengan tipu daya syaitan..so,say no to kapel..ok guys??buat masa ni ketika dlm proses study aku nk focus to my stady,nk grad dlu n mndptkn segulung ijazah xnk pk sal kapel2..aku harap dapat kotakan apa yang aku katakan ini..aku memburu cita2 aku xmeburu cinta yang melarakan..ilmu blh membw kita ke benua mne pon insyaallah kite xtersesat tp cinta blhkh kte gunakan semasa lam ksempitan..ilmu penunjuk arah ketika kite lam kegelapan..bgaimana ngn cinta?kata-kata hikmat andai perjuangan ini mudah, pasti ramai yang menyrtainya,andai perjuangan ini menjanjikan kesenenangan, pasti ramai yg tertarik padanya,tapi hakikat perjuanagn bukan begitu,turun naiknya, sakit pedihnya ,umpama kemanisan yang xterhingga ,andai rebah bangkitlah semula,andai terluka ingatlah janjiNya..chaiyok!!

Sunday, June 6, 2010

Sunday, May 30, 2010

Puisi cinta

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

=)

Saturday, May 22, 2010

kejayaan...

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Carnegie Institute " dari kajian ke atas 10,000 orang, Carnegie Institute merumuskan, 15% KEJAYAAN adalah berpunca daripada latihan teknikal. manakala 85% berpunca daripada personaliti..Aspek personaliti yang penting untuk kejayaan adalah SIKAP"..oleh itu untuk berjaya kita hendaklah mengubah sikap dan mentaliti kita untuk menuju kearah kecemerlangan..Orang yang cemerlang akan melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi untuk berjaya, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya...

Friday, May 21, 2010

teka-teki yang mencabar minda


Wednesday, May 19, 2010